Friday, September 11, 2009

Sejarah Kemerdekaan

Assalamualaikum Semua,

Izinkan saya mencelah sedikit untuk membetulkan sedikit catatan sejarah di zaman Pemerintahan Jepun diantara tahun-tahun 1942-1945 dan selepas British mungundurkan diri dan ketika di dalam zaman Pemerintahan BMA (British Malaya Administration) .

Zaman itu era semangat orang Melayu dibakar dan sedang berkobar-kobar dengan keinginan untuk bebas dari cengkaman penjajah British.

Jepunlah yang telah membakar semangat Melayu dengan melaung-laungkan kata-kata "Asia untuk Orang-orang Asia".

(Dalam hal ini sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut ada seorang wanita, kini berusia lebih 80 tahun, yang pernah di bawa Jepun ke negarinya dan dijadikan "anak angkat" kepada mantan suku sakat raja Jepun kumpulan Shiogun ketika itu yang kini bermastautin di Kuantan. Beliau isteri kepada seorang doktor yang berasal dari Singapura. Aruwah abang beliau juga seorang doktor kelulusan University of Tokyo).

Ramai anak-anak Melayu di Semanjung dan Singapura yang telah dilatih sebagai askar atau tentera dan tentera simpanannya, sebagai Ghiougun dam Hei Ho (?).

Tidak kurang juga ramainya para intelek Melayu ketika itu yang telah dilatih di dalam beberapa "maktab" mereka yang dikenal sebagai Koa Korinsyo, di Melaka dan Singapura (yang dikenal sebagai Syonan-to)..

Para propagandist Jepun memberitahu para pelajar ini bahawa mereka adalah dari golongan yang "terpilih" dan mempunyai kecerdasan otak/minda, kalau tidak sama, lebih baik daripada orang-orang British yang menjajah mereka. Hanya mereka tidak punya peluang untuk memerintah negara sendiri.

Diantara para pelajar tersbut, termasuklah Allahyarham Tan Sri Muhammad Yaacob , yang meninggal dunia baru-baru ini dan Tan Sri Mohd Ghazali Shafie (Mantan Menteri Penerangan dan Menteri Dalam Negeri), Allahyarham Tun Ghafar Baba (?) mantan TPM, dan kedua-dua aruwah abang saya, Haji Mohd Akbar dan Haji Salleh Haji Ahmad, yang pernah menceritakan hal ini kepada saya semasa hayatnya. (Al-Fateha untuk mereka yang telah pergi).

Ramai lagi nama-nama yang telah disebut aruwah abang saya, yang saya tidak berapa ingat. Ramai juga yang kini dah jadi aruwah.

Saya pernah membawa abang saya, Haji Salleh bertemu dengan Tan Sri Muhamad Yacab ketika Tan Sri memegang jawatan sebagai Speaker Parlimen dulu.

Di masa yang sama, ketika itu berbagai jenis "Parti" dan kumpulan "pembebasan" negara telah ditubuhkan

Maka terdapatlah sebuah Parti politik marhean sayap kiri Melayu yang terbesar iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang sayap pemudanya dikenal sebagai API (dipimpin oleh Allahyarham Ahmad Boestamam, ayah kepada Allahyarham Sdr Rustam Sani mantan Pensyarah UKM) dan pemudinya SEBERKAS, yang dipimpin oleh Syamsiah Fakir (Istri Rashid Mydin(?)).dan ibu Khatijah Sidik, yang kemudiannya masuk UMNO.

Ketika itu UMNO belum lagi wujud.

PKMM bergerak aktif di Singapura dan Malaya. Di Singapura diterajui Dr Burhanuddin Helmi (?), dan Ahmad Boestaman; juga Abdullah CD sebagai pempin API (Angkatan Pemuda Insaf).

Di Malaysia, kalau tak silap saya, PKMM dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) bekas Majistrate dan wartawan, dan Ibrahim Yaakob, seorang bekas penuntut Maktab Perguruan Tanjung Malim (SITC) yang menetap di Indonesia, dengan nama Iskandar (juga saya kira sudah meninggal dunia)..

Kebanyakan para pemimpin PKMM dan API terdiri daripada kaum guru dari Maktab tersebut dan para pemuda kampung dan desa dari seluruh Malaya, khsusnya dari Pahang, termasuk Allahyarham Roomainor, ayahnda Anita Sarawak dan Noorkumalasari.

Mereka ini telah memperjuangkan kemerdekaan dan inginkan pergabungan dalam sebuah gagasan besar Malaya-Indonesia, yang dikenal sebagai Malayu Raya (?) (Soekarno pernah datang ke Taiping untuk membincangkan hal ini dengan para pemimpin tersebut).

Selain daripada para pemimpin PKMM/API dan SEBERKAS tersebut, terdapat juga bebeapa tokoh pemimpin lain yang ketika itu nampaknya tidak begitu aktif menuntut kemerdekaan negara ketika itu, seperti Allahyarham Dato' Onn Ja'afar. Za'aba, Dato Penglima Bukit Gantang, Abdul Wahab, Tun Razak Hussein, Tan Sri Kamil Ahmad, Tun Dr Ismail, TS Abdul Rahman Yassin, Tun Sar'don Zubir, TS Ja'afar Albar, TS Syed Nasir Ismail, Ibu Zain Sulaiman, dan beberapa tokoh lain lagi.

Para pemimpin PKMM sayap "kiri" yang aktif itu kebanyakannya telah dididik oleh Pemerintah Jepun.

Ketika itu nampaknya tidak timbul masalah Parti Komunis atau ahli Komunis. Semua rata-rata ingin berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan atau kebebasan negara daripada penjajah British yang dipandang mereka lemah dan telah gagal mempertahankan Malaysia dan Singapura.

Para pejuang ini mendapati bahawa British sebenarnya tidak sekuat mana seperti mana yang digembargemburkan mereka. Kelemahan British ini telah terbukti apabila mereka menyerah kalah kepada askar Jepun pada 15 Disember 1942.

Semangat perjuangan yang diapi-apikan Jepun itu telah menyemarakkan lagi keinginan para pejuang sayap kiri Melayu ini uuntuk menuntut kemerdekaan dan kebebasan dari British secepat mungkin dan bergabung dengan Indonesia dalam sebuah gagasan nusantara yang dikenal sebagai Malayu Raya itu.

UMNO yang ditubuhkan pada 29 Mei 1946 dipimpin oleh Allahyarham Dato' Onn itu mula muncul di Tanah Melayu hasil gabungan dari berbagai pertubuhan Melayu dari seluruh Malaysia, termasuk Singapura, di Sultan Sulaiman Club.

UMNO, yang kemudian dikemudi oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj, tidak bersetuju dengan pendekatan dan cara yang diambil PKMM untuk menutut kemerdekaan, dan menubuhkan gagasan gabungan Malaya-Indonesia itu.

Bahana ramai para pemimpin berhaluan "kiri" PKMM ini telah diburu, ditangkap dan dipenjara penjajah British, maka ramailah dari mereka yang telah masuk ke dalam hutan dan sesetengahnya bergabung dengan Komunis yang dipimpin Chin Peng dan gerombolannya. .

Sebelum itu, Komunis telah bergabung dengan British menentang Jepun. Apabila Jepun meninggalkan Tanah Melayu, Komunis telah mula menunjukkan taring dan belangnya ingin memerintah negara ini. Maka itulah timbulnya perbalahan diantara Komunis dan orang-orang tempatan, khususnya orang-orang Melayu.

Semasa itulah juga lahirnya satu kumpulan di Batu Pahat, di pimpin oleh Kiayi Haji Salleh Selempang Merah, yang berjuang bersama para pejuang Melayu tempatan menentang Komunis, yang berakhir setelah campur tangan Dato' Onn dan beberapa pemimpin lain.

Komunis dan Chin Peng tetap berada di dalam hutan. Menakala beberapa orang pemimpin Melayu berhaluan kiri yang menentang penjajah Inggeris juga tetap tinggal di dalam hutan bersama mereka.

Bolehkah mereka ini ditafsirkan sebagai "Komunis" juga, walaupun perjuangan mereka sebenarnya untuk menyambung menuntut kemerdekan dan kebebasan untu negara?

Mereka ini sebenarnya "terperangkap" di dalam kancah menuntut kebebasan, tetapi terpaksa melarikan diri berlindung sama gerombolan Komunis untuk mengelakkan daripada diburu dan ditangkap oleh pihak British, tentera dan polis tempatan yang menganggap mereka "menyebelahi" Komunis.

Persoalan pentafsiran inilah yang menjadi rumit untuk kita merongkainya; kerana masing-masing mempunya perspective yang berbeza melihatnya, bergantung siapa kita dan di mana kita berada.

Mereka boleh dianggap sebagai "Komunis" dan juga "Bukan Komunis."

Yang nyata selepas mereka kembali ke "pangkal jalan" mereka meninggal sebagai orang "Islam" dan di kebumikan di perkuburan Islam.

Memang benar Kepung merupakan sejarah hitam kepada negara, tetapi ramai yang terlibat dalam menyerang pondok polis itu adalah dikatakan terdiri daripada bukan Islam.

Mereka "terlibat" dengan Komunis secara "kebetulan" dalam keadaan yang terdesak dan tidak menyebelahi pihak mereka. Mereka, sepertimana yang saya katakan, terpaksa mengikut grombolan Chin Peng kerana keselamatan diri mereka.

Justru, bolehkah mereka itu dianggap sebagai "Komunis" juga? It is debatable. Wallahu'alam. .

Hakikatnya, ternyata sepertimana yang saya katakan, apabila mereka ini kembali "ke pangkal jalan", mereka telah menjadi orang Islam sebenarnya, sehinggalah mereka menghembuskan nafas terakhir tidak berapa lama dulu. (Diataranya termasuklah Musa Mohammad, Rasyid Mydin, dan Syamsiah Fakir),

Saya rasa pernah bertemu dengan Abdullah C.D. ini semasa saya kecil di Singapura dulu (Saya tak pasti). Ketika itu, selepas saja Jepun tinggalkan Singapura, dalam zaman BMA - saya pernah menuntut di sebuah institusi swasta belajar dalam bidang elektrik, yang para pelajarnya datang hampir dari seluruh Semenanjung. .

Di Institusi inilah Abdullah C.D. pernah berlegar dan kerap kelihatan berbual mesra dengan para pelajar di Institusi tersebut. Kekadang Abdullah kelihatan berkunjung ke Geylang Serai, sebuah kawasan perkumpulan dan perkampunan orang Melayu yang terbesar dan terramai di Singapura ketika itu.

Ketika itu saya dalam lingkungan umur tiga belasan. Tak tahu dan tak faham sangat apa yang sedang mereka bual dan bincangkan.

Pendek kata, saya tak tahulah sama ada para pejuang kumpulan "kiri" menentang penjajah itu harus dianggap sebagai "Komunis" atau "tidak beragama", ataupun sebenarnya mereka telah "terpedaya/terpaksa mengikut kumpula Komunis itu, demi untuk mencapai cita-cita membebas dan memerdekan negara, dan yang penting keselamatan mereka.

Semangat mereka berkobar-kobar dan ghairah inginkan kemerdekan untuk negara - mungkin samalah seperti kita, pihak haluan "kanan" menginginkan tercapainya kebebasan dan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris seberapa segera.

Saya menulis ini semua dari segi ingatan dan pengalaman sendiri. Bukan dari segi cakap-cakap atau membaca buku-buku sejarah tertentu.

Mudah-mudahan apa yang ingin saya sampaikan ini sebagai secebis maklumat dan catatan sejarah berguna untuk semua. Kalau tidak anggaplah sebagai bahan renungan kita bersama.

Uncle M
Member Of Prowaris

Thursday, August 6, 2009

Tindakan Kementerian Kesihatan dalam Menghadapi Penularan Wabak Influenza A H1N1

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan
Malaysia
5 Ogos 2009

Pada 5 Ogos 2009 sejumlah 16 kes baru influenza A(H1N1) dilaporkan
dengan 3 kes kematian. Semua kes adalah kes tempatan dan warga negara
Malaysia. Daripada 16 kes yang dilaporkan hari ini, 10 merupakan
kejadian dari 3 kluster baru dan 6 kes sporadik atau terpencil. Manakala
tiga (3) kes kematian yang dilaporkan adalah kes sporadik.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 5 Ogos 2009
jam 8.00 pagi adalah sebanyak 1,476 kes dengan jumlah kematian 11 orang.
Daripada 1,476 kes yang dilaporkan tersebut, 574 (39%) merupakan kes
import dan 902 (61%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,413
kes (96%) telah sembuh. Bilangan kes jangkitan influenza A(H1N1) yang
masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 10 orang. Manakala 28 kes
sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi.

Daripada 10 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 3 daripada mereka
mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (1), mengandung (1) dan imuniti
rendah (1).

Daripada 16 kes yang dilaporkan, dua (2) kes dirawat di wad, 11 orang
menerima rawatan pesakit luar dan tiga (3) adalah kematian. Maklumat
mengenai kes kematian pada 4 Ogos 2009 seperti berikut:

1. Kematian ke-sembilan, kes adalah seorang budak perempuan berumur
3 tahun yang mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik. Kes
dimasukkan ke Hospital Melaka pada 31 Julai 2009 dengan gejala demam dan
batuk pada 25 Julai 2009. Pesakit disahkan mengidap jangkitan influenza
A(H1N1) pada jam 6.19 petang 2 Ogos 2009 dan meninggal dunia pada 3 Ogos
2009 jam 4.30 petang dengan diagnosa jangkitan virus influenza A(H1N1)
dengan severe pneumonia. Sebelum dimasukkan ke Hospital Melaka, kes
telah mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik swasta dan dimasukkan ke
hospital swasta pada 30 Julai 2009, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka
sehari kemudian kerana mengalami jangkitan radang paru-paru teruk
(severe pneumonia).

2. Kematian ke-sepuluh, kes adalah seorang budak lelaki berumur 12
tahun dengan kegagalan buah pinggang kronik dan sedang menjalani rawatan
dialisis. Pesakit telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 3 Ogos 2009
dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 1 Ogos 2009.
Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2 petang disebabkan
jangkitan pneumonia teruk. Kes disahkan mengidap jangkitan influenza
A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam 5.50 petang.

3. Kematian ke-sebelas, kes adalah seorang lelaki berumur 20 tahun
dengan kronik asma telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 2 Ogos 2009
dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas semenjak 31 Julai 2009.
Beliau terus dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan mengalami
pneumonia teruk. Pesakit meninggal dunia pada 3 Ogos 2009 jam 2.30 pagi
dan disahkan mengidap jangkitan influenza A(H1N1) pada 4 Ogos 2009 jam
5.50 petang.

Merujuk kepada situasi global, sehingga 5 Ogos 2009, sejumlah 193,686
kes dengan 1,361 kematian telah dilaporkan daripada 171 negara. Ia
merupakan peningkatan sebanyak 4,531 kes dengan 42 kematian berbanding
dengan hari sebelumnya dengan pertambahan tiga (3) negara iaitu Grenada,
Kiribati dan Tokelau.

Penularan virus influenza A(H1N1) di dalam komuniti telah semakin
meluas. Ia ditunjukkan oleh kehadiran ramai pesakit ke hospital dan
klinik untuk mendapatkan rawatan demam dan batuk. Orang ramai
dinasihatkan untuk mengambil tindakan-tindakan berikut:

1. Mereka yang berisiko tinggi (mengandung, obes, asma, diabetes,
imuniti rendah, sakit jantung) dan sedang mengalami gejala jangkitan
saluran pernafasan hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di klinik atau
hospital yang berdekatan. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati
pesakit dengan jangkitan virus influenza A(H1N1) jika sekiranya rawatan
dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas bermula gejala. Rawatan tidak
memerlukan ujian pengesahan makmal dan bagi klinik kerajaan rawatan
adalah percuma.

Selepas mendapat rawatan, pesakit adalah perlu berada di rumah
dan mengurangkan pergaulan dengan orang awam termasuk ahli keluarga
serta sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan etika batuk yang baik.
Amalan ini dapat mengurangkan perebakan virus kepada orang lain.

2. Pesakit-pesakit yang mengalami gejala ringan jangkitan influenza
A(H1N1) yang telah dinasihatkan oleh doktor untuk duduk di rumah perlu
mematuhi nasihat tersebut kerana amalan ini boleh mencegah perebakan
virus influenza ini kepada orang lain. Jika terpaksa pergi ke
tempat-tempat awam tersebut, mereka mesti memakai topeng muka atau mask
jenis 'three ply' yang didapati boleh mencegah penularan virus kepada
orang lain.

3. Pesakit-pesakit yang telah dinasihatkan untuk duduk di rumah
semasa rawatan agar sentiasa memantau tahap kesihatan sendiri. Sekiranya
gejala bertambah teruk seperti demam yang berterusan, sakit dada, sesak
nafas, atau `altered conciousness' sila segera mendapatkan rawatan di
hospital.

4. Orang ramai yang mengetahui wujudnya kejadian kluster
influenza-liked illness (ILI) di sekolah, institusi dan komuniti, sila
maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk siasatan dan
tindakan kawalan.

Adalah dimaklumkan waktu operasi hotline adalah dari 8.00 pagi hingga
5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300. Bagi mereka yang
memerlukan maklumat selepas waktu operasi, dapatkan daripada laman web
Kementerian Kesihatan http://www.moh. gov.my dan
http://h1n1. moh.gov.my .

Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua
pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan
sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Thursday, May 28, 2009

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah

Tarikh : 7 June 2009

Masa : 8.30 pg

Tempat : Padang Bola Sepak, Kampung Cahaya Baru

Kick off : YB Senator Khoo ( Setiausaha Politik Ahli Parlimen Tebrau )

Penyampaian Hadiah : Ustaz Syahrin Bin Md Jamaludin

Aktiviti : Pameran / Pendaftran SPR / Karaoke

Semua di jemput hadir


Chowww... bro

Sunday, May 3, 2009

Pemuda Kg Sentosa vs Pemuda Kong - Kong


3 May, Masai - Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Pemuda Kampung Sentosa lawan Pemuda Kong - Kong diakhiri dengan keputusan 1 berbalas 2 gol. Perlawanan ini berlangsung atas semangat setiakawan dan kesukanan yang tinggi. Buktinya apabila Pemuda Kong - Kong sudi bertandang ke tempat Pemuda Kg Sentosa walaupun permohonan melalui panggilan telefon dan last minit. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pemuda Kong - Kong
Kepada Pemuda Kampung Sentosa, inilah permulaan langkah ke arah perubahan dalam mengorak langkah menuju ke hadapan. Teruskan tanpa mengenal erti penat lelah demi memastikan sokongan padu dicipta menuju ke puncak harapan maa hadapan.
Pemuda Kampung Sentosa juga telah mendapat tajaan jersi baru daripada bekas menteri. Terima kasih diucapkan kepada bekas menteri itu.

Thursday, April 30, 2009

Sukarelawan 1 Majlis Amal BBQ Pemuda Cawangan


Sekalung Tahniah kepada Sukarelawan Majlis Amal BBQ Pemuda Kampung Sentosa.

Syabas, Terima Kasih n Keep it up!!!!!!!!

Tuesday, April 28, 2009

Malam Amal BBQ Pemuda Kg Sentosa

Semua Ahli Blogger
dan Rakan - Rakan Pemuda....

Dijemput...

Makan - Makan BBQ

Tarikh : 30 April 2009
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Depan Padang Kampung Cahaya Baru

( map - sila rujuk google map (taip Kampung Cahaya Baru, Masai )

Monday, October 6, 2008

Rumah Terbuka YB Datuk Hj Maulizan Bin Bujang

Raya Keempat, Kompleks Nusa Mutiara, Pemuda Kg Sentosa turut hadir meriahkan majlis ini. Kami dtg secara berkonvoi sebanyak 20 biji motor. Seramai 28 orang... Walupun hujan gerimis tgh jalan... kami tetap teruskan perjalanan...
Pujian juga diterima drpd En Nordin KP Bahagian...